Haa..rasa ni la topik yang amat-amat membantu kita sebagai perempuan ni kan. Sepatutnya tajuk ni kena no 1 tapi takpela kan..cik nurse xkisah asalkan info yang nak dikongsi tu bermanfaat untuk semua.
Masa kita orang perempuan mengandung ni macam-macam masalah timbul. Ada yang complain sakit belakang..kebanyaakan la...termasuklah nurse norul ni...masa jalan pun terkenkang-kenkang..hi hi, rasa asyik nak terkucil..nak terkencingg, sakit kat atas ari-ari, rasa perut tu berat betull. Semua masalah ni memang nurse norul alami sendiri. Almaklumla masa nurse norul mengandung anak nombor tiga tu..baby berat 4.6kg. Macam nak pengsan bawak perut yang memboyot tu. Nak kata ada kencing manis..takdela pulak. Kuasa Allah. Mungkin sebab baby boy kot...kuat makan he he.
Tapi alhamdullillah, nasib baikla time nurse norul preggy tu , nurse norul diketemukan dengan satu produk untuk ibu mengandung. Nama produk tu Mummy N Baby Maternity Support belt. sangat-sangat membantu nurse norul. Nurse norul memang suggest sangat-sangat kat ibu mengandung.
Antara kelebihan Mummy N baby maternity support belt ialah=
1. Memang di designkan untuk para ibu mengandung dan lulus FDA dan CE.
2. Sangat disokong oleh pakar O&G.(tak caya cuba tanya pakar anda)
3. membantu mengurangkan atau mengelakkan sakit belakang.
4. Mengurangkan rasa nak terkencing.
5. Mengampu berat bayi sekaligus ibu rasa selesa sangat.
6. sangat sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah rahim lemah atau yang kerap mengalami keguguran pada awal kehamilan, kerana fungsinya mengangkat rahim..insyaalah bergantung pada tahap kekuatan rahim masing-masing.
7. membantu mengelakkan terjadinya pre term contraction.
Info Dan Tips Kesihatan Tidak Kira Dirumah Atau Dimana Sahaja Bersama Nurse Norul
Ilmu Haruslah Dikongsi Bersama Untuk Manfaat Bersama. Kesihatan Adalah Asas Keluarga Harmoni
Wednesday, 18 July 2012
Sunday, 15 July 2012
#Tip 1 - Penjagaan Anak Semasa Dia Demam
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru semalam nurse nurul ni buat sessi kenal mengenal...so hari ni tibalah masanya untuk berkomgsi tip-tip,yang nurse nurul rasa penting. Kenapa penjagaan anak masa demam jadi tajuk 1st yer? Sebabnya, nurse nurul rasa menjadi tanggungjawab untuk membantu ibu-ibu or bapa- bapa yang ada anak kan...sebab nurse nurul nipun dah beranak 3....cukupla tuh. Jenuh jugakla mata ni bersengkang kalau anak demam. Bukan apa, demam ni tak boleh dipandang remeh. Sebabnya demam boleh menyebabkan bermacam-macam komplikasi.nurse nurul ni kan, kalau anak demam memang dah risau nak pulak kalau demamnye yang jenis suhu shoot tinggi terus within 2 hour...lgla xle tido. Kalau ikut pengalaman sebagai nurse ni kan...ramai parents bawa anak yang demam ke hospital bila da dapat komplikasi contohnya sawan atau febrile fit...dah teketar- ketar budak tu..bukan apa, sawan ni effect otak, otak ni pulak fungsinya menjaga segala fungsi badan. Cuba bayangkan kalau otak dah terjejas....masyaalah. Sebab dah banyak kes yang nurse nurul tengok, disebabkan ibubapa tak tahu or tak prihatin or anggap demam ni main-main, anak jadi terencat mental...dan macam -macam lah. So jangan main-main o kalau demam....manyak dangerous..... Kat bawah ni puan nurse akan bagi tip-tip penjagaan anak masa demam. Kalau ada yang rasa musyil ke ape ke....bolela tanya...or mungkin boleh bagi pendapat..tapi segala info yang nurse nurul bagi ni adalah dari segi medikal yer...bomoh-bomoh tadak main punyer...ha ha.
1. First....makesure kalau kat rumah kita tu...mestila ada stok ubat demam. Untuk kanak-kanak of course la syrup paracetamol 125mg(selalunya colour pink) or 250 mg(selalu colour oren).
2. Selain tu..simpan juga suppository paracetamol dan suppository voltaren...ala ubat yang masuk kat montot tu...ala-ala peluru gitu. Tujuan ubat peluru ni incase anak demam dan muntah or memang jenis xle telan ubat or demam memang terlalu tinggi...so ubat peluru ni memang sangat-sangat membantu.
Inilah Rupenye Ubat Peluru Tu(Voltaren Supp) |
3.makesure jugak kalau nak berjalan or cuti-cuti malaysia ke oversea ke...pastikan ubat demam ni dibawak. Kalau nurse norul kan, kalau jalan -jalan yang ambil masa 24hr tu memang nurse nurul bawak. Especially kalau balik kampung ker or bercuti mana-mana. Bukan apa, senang nanti. Buatnya anak terdemam 2 3 pagi...mana nak carik klinik time cam tu..tak kan nak tunggu dan biar anak camtu....jangan!!! Manyak bahaya oooo...kang jadi macam-macam kang sape yang susah...mak nye jugakan...he he...ayah biasala...nombor 2.
4.Kalau anak demam jgn sesekali selimut or pakai baju tebal. Sebabnya haba badan tak boleh keluar dan ini menyebabkan suhu jadi lagi tinggi..tu yang pencetus sawan tu. kalau nurse nurulkan...just pakaikan anak diaper or seluar je...badan memang sentiasa lap ngan air.
5. Satu lagi jangan takut nak mandikan anak masa demam. Sebab kalau orang dulu -dulu memang tak bagi mandi..suruh selimut tebal-tebal lagi adala..termasukla mak nurse nurul pun...he he. Bila mandi tu basuh dari kaki naik ke atas. Lebihkan air kat bahagian kepala,ketiak dan celah kangkang.
4.Kalau anak demam jgn sesekali selimut or pakai baju tebal. Sebabnya haba badan tak boleh keluar dan ini menyebabkan suhu jadi lagi tinggi..tu yang pencetus sawan tu. kalau nurse nurulkan...just pakaikan anak diaper or seluar je...badan memang sentiasa lap ngan air.
anak sape la demam ni |
5. Satu lagi jangan takut nak mandikan anak masa demam. Sebab kalau orang dulu -dulu memang tak bagi mandi..suruh selimut tebal-tebal lagi adala..termasukla mak nurse nurul pun...he he. Bila mandi tu basuh dari kaki naik ke atas. Lebihkan air kat bahagian kepala,ketiak dan celah kangkang.
Salam Perkenalan
assalamualaikum wrt dan hai....kepada semua rakyat malaysia! Wah bersemangat betul nak tulis blog yang baru ni. ni pun lepas hubby tolong godek-godekkan . 1st sekali lets me introduce sape saye ni...nama Norul Huda...tapi panggil je nurse norul. Tujuan saya meng'ada' kan blog ni sebab rasanya dah tiba masa untuk saya sama-sama berkongsi tip-tip kesihatan dirumah mahupun dimana jua anda berada. Tak kira untuk yang muda (baby) sampaila yang tua(maklumla, bila da tua ni macam-macam penyakit datang kan?)..yang ada penyakit atau yang sihat tapi nak tengok-tengokkan orang sakit. Sebab saya nak berkongsi tip-tip kesihatan? ...Sebab sekarang genaplah tempoh perkhidmatan saya sebagai nurse selama 15 tahun dan rasanya sekarang adalah masa yang amat sesuai untuk saya bersama-sama membantu orang yang amat memerlukan...cewah...mungkin pengalaman 15 tahun tu boleh membantu rakan-rakan diluar sana...insyaallah.
So, nantikan tips2 dan info2 kesihatan dari saya..ehh..lupelak..sape2 yang ade suggestion untuk berkongsi ilmu bgtaula saya..
Wasssalam and thank you!
Subscribe to:
Posts (Atom)